Come visit often

Come visit often

Tuesday, February 16, 2016

Tangan berpeluh dan pembedahan Hiperhidrosis : My story


Here me out !!

Malam! seperti apa yang tertulis pada tajuk, itulah apa yang aku nak tekankan..

Aku start perasan tangan aku tak normal since sekolah menengah. Masa kecik sibuk bermain tu yang tak perasan tangan asyik berpeluh hahaha.. you can also called this symptoms as penyakit actually because it is not normal!! 0_0 Soooo.. bila dah start tangan berpeluh yang tak menyelesakan, aku jadi tak selesa nak pegang pen, pencil, buku and segala benda even kertas pun boleh basah sebab tangan aku.. (sangat sedih). Setiap kali balik kampung jumpa sedara mara, aku cuba elak mengelak tak salam kecuali warga tua.. the rest mesti ingat aku ni sombong or takde adab jumpa sedara but they just don't know what i'm dealing with.. it hurtsss me :'(


Bayangkan aku dah lalui bermacam situasi dengan penyakit ni.. i'm tired, but cannot do anything. Sampai lah that one day, mak aku bawak pi jumpa doktor kat klinik kerajaan, aku ingat lagi.. doktor india perempuan. Very nice and gentle, mula2 masa jumpa dia agak pelik sebab tak ramai pesakit tangan bepeluh macam aku and dia kata penyakit ni berkaitan dengan jantung. Then i realized, patut la kadang2 jantung aku degup laju semacam ingatkan dilamun cinta ke apa.. rupanya penyakit :(

So then doc tu tulis surat untuk dirujuk ke Hosp Sungai Buloh. Aku jumpa doc indian lelaki pulak. Dia duk belek2 tapak tangan aku yang basah (memang tak selesa!) sebab aku dah biasa avoid supaya orang tak pegang tangan aku but then bila dia belek dengan takde perasaan aku pulak yang rimas (-_-) doc tu memang baik, then dia jelaskan tiga treatment yang boleh mengurangkan peluh kat tapak tangan tapi tak jamin boleh baik terus.. first is cucukan botox kat tapak tangan and the second is through hyperhidrosis therapy and the third one is through surgery (o_o) gulpp..telan air liur kejap. Tapi apa pun jenis treatment memerlukan jangka masa yang lama and rawatan yang berulangkali. Unless kalau buat pembedahan, tak berpeluh whole life.

Masa tu aku rasa gembira sebab ada jugak jalan penyelesaian penyakit aku ni. Then, me and my mum decide buat yang hyperhidrosis therapy which is letakkan kedua tapak tangan and kaki dalam bekas berisi air then nurse akan jaga kekuatan mesin elektrik, masa buat tu aku boleh rasa elektrik kat jari-jemari aku and tapak tangan, memang gatal beb! kau akan rasa macam nak garu tangan kau but u cannot hahaha (satu penyeksaan). Yang paling besttt lepas selesai je therapy tu aku lap tangan and rasa keringgggg tapak tangan aku! happy tak terkata.. but then nurse kata nanti akan berpeluh balik :(

Berkali-kali jugak lah aku ulang alik ke sungai buloh untuk melakukan therapy tersebut tapi takde sign untuk pulih dengan cepatttt.. masa tu rasa macam dah give up, yelah banyak kali buat tapi no result. So then aku busy masuk belajar as diploma student, therapy tu semua aku terpaksa berhentikan sebab aku belajar kat Melaka :(

Tangan still basah that time but i still bear with it. Then masuk semester lima, aku cuti sebulan, dalam sebulan tu jugak my mum ajak pergi satu klinik pakar kulit dekat seksyen 11 tak silap. My mum tak pernah letih bawak aku pi jumpa mana2 doktor pakar.. i owe her a lot.. she is simply awesome. Ok! so then aku jumpa doc ni, hensem woo.. ok abaikan, serius2! haha. Doc tu pun buat perkara yang sama, dia belek2 then asked a few questions, dengan doc ni dia suggest pulak Hyperhidrosis surgery. Dia terangkan beberapa risiko iaitu? haa.. kalau buat surgery ni lengan takkan kuat macam sebelum which means kalau sebelum ni hengko boleh angkat kotak berat or buku banyak2, after surgery tangan kau akan rasa lengguh and akan berpeluh lebih sikit kat tempat lain contohnya belakang badan or tapak kaki. Mula2 aku cam takott sebab selama aku hidup, tek pernah kena admitted wad apatah lagi ni nak cakap pasal surgery?!! oh nooo..

Balik rumah terus serabut and keliru pikir camne nak decide.. at that time i was only 19 years old. Then, aku mintak pendapat parents, kawan and siblings!! dorang semua bagi feedback positif beb.. yelah bukan dorang yang nak kena surgery hahaha. At first, ayah aku tak bagi sebab dia kata apa yang aku ada tu anugerah dari Nya.. so pikir punya pikir.. aku cakap kat diri aku, aku taknak hidup dengan keadaan macam ni, aku ta selesa and i want a brand new life to feel like other people, so aku decide nak buat operation tu. It is for my life and future..


HYPERHIDROSIS OPERATION!!




Alhamdulillah.. segala yang mengubah hidup aku berjaya dilaksanakan dekat iHeal medical centre, Mid Valley. Nak cite pulak pengalaman aku lepas operation ni.. lepas sedar je aku rasa agak sukar nak bernafas :'( dada rasa berat, kedua lengan rasa sakit sebab kanan and kiri ditebuk. Masa tu rasa macam tak percaya dah lepas pembedahan tu, sebab tak sedar kann haha. Pembedahan tu pun tak menggalakkan patient tinggal kat hospital sebab selalunya yang dah buat operation tu dah boleh bawak balik rehat and pulih kat rumah. But seriously! masa aku sedar je aku cakap kat mak aku ''nak balikk..'' hahaha kuat tak hakak ^^. So lepas jumpa doc semua dengan perlahan dan TANPA PENGSAN aku berjalan and terus masuk kereta and balikk.

Selama tiga hari ada masalah pernafasan but it's okay sebab doc memang ada pesan kesan lepas pembedahan so aku memang tak panic langsung. Selama tiga hari jugak makan ubat tahan sakit, tido tak selesa sebab tak boleh mengereng kanan and kiri. Hari ketiga memang dah tak rasa apa2, skejap kan? sebab surgery tu melibatkan dua tebukan 3cm kanan and kiri sahaja not a big surgery at all.

Fuhh legaaa legaaa.. and now 3 tahun berlalu.. tangan dah tak berpeluh macam dulu. Syukur Ya Allah.. A hundred of thanks to my mum yang tak pernah putus bagi semangat and advice.. Kalau anda mempunyai ibu seperti ini, anda sangat lah bertuah, dengar lah nasihat dia :) kepada yang ragu2 nak buat pembedahan hyperhodrosis ni jangan takut.. jangan gelisah. Berdoa lah pada Nya, mintak semuanya dipermudahkan.. Insyallah. BE POSITIVE OKAY!

THAT IS MY STORY.. THE END wink wink ;) i hope this entry might be useful for those people who are facing the same symptoms like me.. cuz i'm just like you and i survive :)

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Sis.. I has a same problem :'( .. Brp kos ye?? Nk survey ni.. Thnks in advnce 😘

    ReplyDelete